Thursday, 23 March 2017

REFLEKSI DIRI

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua follower blog ini. Saya ingin berkongsi tentang refleksi diri yang didapati daripada sepanjang sesi pembelajaran kemahiran dinamika di Kolej Matrikulasi Perlis. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Norlida kerana beliau telah memberi pertolongan yang amat bermakna selama ini, terima kasih cikgu!
Sepanjang sesi pembelajaran kemahiran dinamika, banyak yang telah saya mempelajari. Yang paling ketara adalah kerjasama dan teamwork. Apabila diberi tugasan untuk menjalani suatu kempen kemasyarakatan, rakan-rakan tutorial dan saya sibuk memikirkan idea-idea yang bernas. Seterusnya, kami semua bekerjasama untuk mencari alat-alatan yang diperlukan, mengumpul kawan-kawan untuk sesi penggambaran dan akhirnya kempen tersebut berjaya dijalankan atas kerjasama dan komitmen yang diberi oleh setiap rakan tutorial. Seperti kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Selain itu, sepanjang aktiviti ini, kemahiran komunikasi dapat diperbaik kerana banyak perbincangan diperlukan untuk menjayakan kempen ini.

Seterusnya, aktiviti pengucapan awam juga amat bermanfaat kepada saya. Aktiviti tersebut melatih kemahiran berucap dan keberanian saya. Saya juga mempelajari etika yang perlu dipatuhi semasa berada di hadapan orang ramai. Ini amat penting kerana berucap juga merupakan kemahiran yang mesti dikuasai oleh seorang pemimpin pada masa hadapan.
Di samping itu, aktiviti menguruskan online blog juga merupakan satu aktiviti yang sangat bermakna. Ini kerana aktiviti dapat meningkatkan penguasaan teknologi seseorang pelajar. Dunia ini kini dipenuhi dengan alat teknologi, oleh itu, aktiviti ini dapat mendedahkan pelajar kepada teknologi. Ini juga bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21.

Secara kesimpulan, pemikiran saya telah banyak diperbaik sepanjang sesi pembelajaran kemahiran dinamika kerana aktiviti-aktiviti tersebut memberi banyak manfaat kepada saya. Selain itu, aktiviti-aktiviti tersebut juga meninggalkan banyak kenangan manis yang akan saya kenangkan setelah meninggal Kolej Matrikulasi Perlis. Terima kasih!




1 comment: