Marilah kita menjurus kepada cara pertama untuk mengenali kawan baru, iaitu mencari sesuatu tempat yang bersesuaian. Oleh yang demikian, kita perlulah menyertai sesuatu pertubuhan atau kelab. Ini merupakan satu cara untuk mengenali seseorang yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Jikalau anda mempunyai satu topik yang anda minat sangat-sangat, cubalah cari satu tempat di mana anda boleh menemui orang yang berminat pada topik yang sama juga. Sebagai contoh, kita bolehlah bermula dengan pergi ke rumah ibadat kerana sekurang-kurangnya kita dapat menemui seorang yang mempunyai pegangan agama yang sama. Seterusnya, kita harus menyertai pasukan bersukan. Satu kesalahfahaman orang ramai yang pegang adalah kita perlulah menunjukkan kekuatan kita dalam pasukan tersebut untuk mengenali kawan baru. Sebenarnya, selagi anda menikmati bersukan dalam pasukan tersebut dan menyokong ahli-ahli pasakan anda, pasukan bersukan merupakan satu platform yang amat bagus untuk mengenali kawan baru. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan di rumah orang tua, ataupun hospital. Sebabnya aktiviti kesukarelawan membolehkan kita mengenali kawan-kawan yang dari pelbagai umur. Selain itu, kita perlu cuba meluangkan masa untuk mengenali kawan baru dengan kurangkan masa duduk dalam rumah.
Kita teruskan lagi tentang cara-cara mengenali kawan. Cara yang kedua adalah mengambil tindakan pertama.Sebagai contoh, kita seharusnya bercakap dengan orang pada bila-bila masa seperti semasa beratur atau duduk dalam bas. Kita juga perlu mewujudkan temuan mata dan senyuman supaya diri nampak mesra. Cuba mengelakkan daripada berpeluk tubuh semasa bercakap dengan kawan baru. Selain itu, kita sepatutnya memulakan satu komunikasi terdahulu. Kita bolehlah bermula dengan perkara yang kecil seperti cuaca hari tersebut ataupun memberi pujian kepada pakaian kawan baru kita. Kita juga patut mengekalkan satu nisbah yang direkomen oleh ahli-ahli profesional iaitu 70% mendengar dan 30% bercakap. Di samping itu, kita harus memperkenal nama diri pada akhiran perbualan. Seandainya anda berbuat demikian, kawan baru anda juga akan melakukan yang sama dan kita perlulah cuba untuk mengingat nama kawan baru kita kerana ini menunjukkan bahawa kita memberi perhatian kepada perbualan kita. Seterusnya, kita boleh mengajak kawan baru kita untuk makan tengah hari atau makan malam sama-sama. Ini merupakan satu peluang keemasan untuk mendapatkan nombor telefon dan membolehkan kita untuk berhubung dengan kawan baru kita. Selain itu, kita juga patut mengejar keminatan yang sama. Jika anda mendapati sesuatu topik yang kawan baru anda berminat, cubalah bercakap lebih tentang topik tersebut.
Dalam nada yang sama, cara mengenali kawan baru adalah mengekalkan persahabatan. Dengan ini, kita perlu sentiasa setia kepada kawan. Ini bermaksud kita perlu sedia mengorbankan masa dan tenaga kita untuk membantu kawan kita. Jika kawan kita mengalami kesedihan, temanlah dia sehingga dia berupaya untuk menjadi gembira semula. Selain itu, kita perlu menjadi diri kita seorang kawan yang baik dengan mengingati hari jadi kawan kita, menganjurkan sesuatu aktiviti, dan sentiasa mengambil berat tentang perasaan kawan kita. Kita juga patut menjadi seorang yang orang lain boleh bergantung pada kita. Contohnya, janganlah kita lewat pada janji temu dengan kawan kita, dan seandainya kita sememangnya tidak dapat hadir, kita mestilah memberitahu kawan kita seawal yang mungkin. Seterusnya, kita perlu menjadi seorang pendengar yang baik, dan mengambil masa untuk mengenali kawan kita dengan selanjutnya. Kita juga patut menjadi seorang yang boleh dipercayai. Yang penting adalah keupayaan untuk menyimpan rahsia kawan kita. Di samping itu, kita seharusnya sentiasa mengekalkan perhubungan dengan kawan kita walaupun sibuk dengan kehidupan masing-masing yang dipenuhi kerja yang rumit. Hal ini penting kerana ia akan menjadi susah untuk mengekalkan persahabatan sekiranya perhubungan terputus. Akhir sekali, kita mestilah memilih kawan kita dengan berhati-hati. Jika mendapati kawan baru kita akan membawa pengaruh negatif kepada kita, kita perlulah memutuskan perhubungan itu serta merta.
Sampai inilah perkongsian saya tentang cara-cara mengenali kawan baru dalam kalangan remaja. Harap perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. Saya mengakhiri dengan sepatah kata hikmah, persahabatan diibaratkan sekotak krayon warna, masing-masing warna yang berbeza, tetapi padukan mereka akan melukis sebuah lukisan yang cantik sekali.
Sumber rujukan:
1. http://m.wikihow.com/Make-Friends2. http://sicipol.blogspot.my/2015/12/cara-mengenal-kawan-edisi-kawan-yang.html?m=1
3. http://www.succeedsocially.com/sociallife
tips yang sangat baik... done!
ReplyDelete