Thursday, 23 March 2017

REFLEKSI DIRI

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua follower blog ini. Saya ingin berkongsi tentang refleksi diri yang didapati daripada sepanjang sesi pembelajaran kemahiran dinamika di Kolej Matrikulasi Perlis. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Norlida kerana beliau telah memberi pertolongan yang amat bermakna selama ini, terima kasih cikgu!
Sepanjang sesi pembelajaran kemahiran dinamika, banyak yang telah saya mempelajari. Yang paling ketara adalah kerjasama dan teamwork. Apabila diberi tugasan untuk menjalani suatu kempen kemasyarakatan, rakan-rakan tutorial dan saya sibuk memikirkan idea-idea yang bernas. Seterusnya, kami semua bekerjasama untuk mencari alat-alatan yang diperlukan, mengumpul kawan-kawan untuk sesi penggambaran dan akhirnya kempen tersebut berjaya dijalankan atas kerjasama dan komitmen yang diberi oleh setiap rakan tutorial. Seperti kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Selain itu, sepanjang aktiviti ini, kemahiran komunikasi dapat diperbaik kerana banyak perbincangan diperlukan untuk menjayakan kempen ini.

Seterusnya, aktiviti pengucapan awam juga amat bermanfaat kepada saya. Aktiviti tersebut melatih kemahiran berucap dan keberanian saya. Saya juga mempelajari etika yang perlu dipatuhi semasa berada di hadapan orang ramai. Ini amat penting kerana berucap juga merupakan kemahiran yang mesti dikuasai oleh seorang pemimpin pada masa hadapan.
Di samping itu, aktiviti menguruskan online blog juga merupakan satu aktiviti yang sangat bermakna. Ini kerana aktiviti dapat meningkatkan penguasaan teknologi seseorang pelajar. Dunia ini kini dipenuhi dengan alat teknologi, oleh itu, aktiviti ini dapat mendedahkan pelajar kepada teknologi. Ini juga bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21.

Secara kesimpulan, pemikiran saya telah banyak diperbaik sepanjang sesi pembelajaran kemahiran dinamika kerana aktiviti-aktiviti tersebut memberi banyak manfaat kepada saya. Selain itu, aktiviti-aktiviti tersebut juga meninggalkan banyak kenangan manis yang akan saya kenangkan setelah meninggal Kolej Matrikulasi Perlis. Terima kasih!




CARA-CARA MENGENALI KAWAN BARU DALAM KALANGAN REMAJA

Hi, rakan-rakan! Di sini, saya akan mengkongsikan sedikit cara-cara untuk mengenali kawan baru dalam kalangan remaja. Seperti yang kita tahu, kawan merupakan satu elemen yang amat penting dalam kehidupan kita, kerana seorang kawan yang baik dan telus boleh berkongsi masalah dengan kita dan menemani kita melalui pelbagai kesedihan bersama-sama. A friend in need is a friend indeed, pepatah kata Inggeris ini jelas menghuraikan kepentingan seorang kawan terhadap kita. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita haruslah cuba mengenali kawan-kawan yang baru dengan hati yang buka. Oleh itu, untuk mengenali kawan baru, kita seyogianya mencari sesuatu tempat yang bersesuaian, mengambil tindakan pertama, dan mengekalkan persahabatan kita.


Marilah kita menjurus kepada cara pertama untuk mengenali kawan baru, iaitu mencari sesuatu tempat yang bersesuaian. Oleh yang demikian, kita perlulah menyertai sesuatu pertubuhan atau kelab. Ini merupakan satu cara untuk mengenali seseorang yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Jikalau anda mempunyai satu topik yang anda minat sangat-sangat, cubalah cari satu tempat di mana anda boleh menemui orang yang berminat pada topik yang sama juga. Sebagai contoh, kita bolehlah bermula dengan pergi ke rumah ibadat kerana sekurang-kurangnya kita dapat menemui seorang yang mempunyai pegangan agama yang sama. Seterusnya, kita harus menyertai pasukan bersukan. Satu kesalahfahaman orang ramai yang pegang adalah kita perlulah menunjukkan kekuatan kita dalam pasukan tersebut untuk mengenali kawan baru. Sebenarnya, selagi anda menikmati bersukan dalam pasukan tersebut dan menyokong ahli-ahli pasakan anda, pasukan bersukan merupakan satu platform yang amat bagus untuk mengenali kawan baru. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan di rumah orang tua, ataupun hospital. Sebabnya aktiviti kesukarelawan membolehkan kita mengenali kawan-kawan yang dari pelbagai umur. Selain itu, kita perlu cuba meluangkan masa untuk mengenali kawan baru dengan kurangkan masa duduk dalam rumah.


Kita teruskan lagi tentang cara-cara mengenali kawan. Cara yang kedua adalah mengambil tindakan pertama.Sebagai contoh, kita seharusnya bercakap dengan orang pada bila-bila masa seperti semasa beratur atau duduk dalam bas. Kita juga perlu mewujudkan temuan mata dan senyuman supaya diri nampak mesra. Cuba mengelakkan daripada berpeluk tubuh semasa bercakap dengan kawan baru. Selain itu, kita sepatutnya memulakan satu komunikasi terdahulu. Kita bolehlah bermula dengan perkara yang kecil seperti cuaca hari tersebut ataupun memberi pujian kepada pakaian kawan baru kita. Kita juga patut mengekalkan satu nisbah yang direkomen oleh ahli-ahli profesional iaitu 70% mendengar dan 30% bercakap. Di samping itu, kita harus memperkenal nama diri pada akhiran perbualan. Seandainya anda berbuat demikian, kawan baru anda juga akan melakukan yang sama dan kita perlulah cuba untuk mengingat nama kawan baru kita kerana ini menunjukkan bahawa kita memberi perhatian kepada perbualan kita. Seterusnya, kita boleh mengajak kawan baru kita untuk makan tengah hari atau makan malam sama-sama. Ini merupakan satu peluang keemasan untuk mendapatkan nombor telefon dan membolehkan kita untuk berhubung dengan kawan baru kita. Selain itu, kita juga patut mengejar keminatan yang sama. Jika anda mendapati sesuatu topik yang kawan baru anda berminat, cubalah bercakap lebih tentang topik tersebut.




Dalam nada yang sama, cara mengenali kawan baru adalah mengekalkan persahabatan. Dengan ini, kita perlu sentiasa setia kepada kawan. Ini bermaksud kita perlu sedia mengorbankan masa dan tenaga kita untuk membantu kawan kita. Jika kawan kita mengalami kesedihan, temanlah dia sehingga dia berupaya untuk menjadi gembira semula. Selain itu, kita perlu menjadi diri kita seorang kawan yang baik dengan mengingati hari jadi kawan kita, menganjurkan sesuatu aktiviti, dan sentiasa mengambil berat tentang perasaan kawan kita. Kita juga patut menjadi seorang yang orang lain boleh bergantung pada kita. Contohnya, janganlah kita lewat pada janji temu dengan kawan kita, dan seandainya kita sememangnya tidak dapat hadir, kita mestilah memberitahu kawan kita seawal yang mungkin. Seterusnya, kita perlu menjadi seorang pendengar yang baik, dan mengambil masa untuk mengenali kawan kita dengan selanjutnya. Kita juga patut menjadi seorang yang boleh dipercayai. Yang penting adalah keupayaan untuk menyimpan rahsia kawan kita. Di samping itu, kita seharusnya sentiasa mengekalkan perhubungan dengan kawan kita walaupun sibuk dengan kehidupan masing-masing yang dipenuhi kerja yang rumit. Hal ini penting kerana ia akan menjadi susah untuk mengekalkan persahabatan sekiranya perhubungan terputus. Akhir sekali, kita mestilah memilih kawan kita dengan berhati-hati. Jika mendapati kawan baru kita akan membawa pengaruh negatif kepada kita, kita perlulah memutuskan perhubungan itu serta merta.

Sampai inilah perkongsian saya tentang cara-cara mengenali kawan baru dalam kalangan remaja. Harap perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. Saya mengakhiri dengan sepatah kata hikmah, persahabatan diibaratkan sekotak krayon warna, masing-masing warna yang berbeza, tetapi padukan mereka akan melukis sebuah lukisan yang cantik sekali.



Sumber rujukan:
1. http://m.wikihow.com/Make-Friends
2. http://sicipol.blogspot.my/2015/12/cara-mengenal-kawan-edisi-kawan-yang.html?m=1
3. http://www.succeedsocially.com/sociallife